expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Assalamualaikum
Saya ingin memulakan hujah saya pd hari ini dgn lafaz
بِِسْمِ الله الرَحْمَنِ الرَّحِيمِ
Tajuk saya pada hari ini adalah ttg "
WANITA DAN SIFAT MALU"
Pertama skali saya ingin memohon maaf kpd semua kaum hawa...
kerana saya tidak b'niat utk menyakitkan hati sesiapa...
saya cuma ingin menyedarkn anda semua...
Hari ini, saya berada di sebuah bandar yg sgt terkenal,
saya tidak mahu utk menyebut nama bandar t'sbut kerana takut ada yg tidak b'puas hati...
Semasa saya berjalan2 di tgh bandar, ada beberapa perkara yg agak menyakitkan mata saya.
1)
Seorang wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus,
pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung,
matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih
jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan
skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut
pergerakan tubuhnya.
2)Seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi
taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian
sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari
tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
3)Sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah,
saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana.
Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit
sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.
4)Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda
yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis.
Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat
memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal dalam banyak hal. (libera b'maksud berfikiran terbuka)
Kita boleh melihat sekarang artis2 tempatan... Mereka semua telah menjadi satu tauladan yang kurang elok kepada umat sekarang. Jika kita bukak tv, internet, akhbar dan majalah, kita boleh lihat bagaimana pakaian mereka... Pakaian mereka mendedahkan aurat. Aurat bukan rambut sahaja... Tetapi ramai artis2 sekarang suka memakai pakaian yang ketat. Ada juga sebahagia merea yg suka memakai skirt untuk menampakkan paha mereka yang putih gebu... Mereka berbuat sedemikian hanya utk menarik perhatian peminat sahaja...
Dalam erti kata lain, hanya utk menggoda... Sifat mereka boleh disamakan dgn sifat
شَيْطَان yg direjam!
Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya
terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu.
Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar
ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar
secara lucah, pelacuran dan sebaginya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan
wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat
malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.
Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita
mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas
melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.
Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk
wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada
lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat
malu.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu
merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’
yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri
dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga
dan emmelihara maruah kerana Allah.
 |
|
> Rencana >> Wanita |
|
|
 |
|
 |
Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?
|
 |
Oleh ZALILA ISA
SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus,
pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung,
matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih
jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan
skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut
pergerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang
indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.
Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung
sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana
tinggi yang juga berpakian sopan.
Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari
tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa
berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah
suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka
terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah
motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang
lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis
seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk
pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat
sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali
terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah
mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar
sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial
yang memalukan itu.
Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu?
Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan
rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa,
wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu,
gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di
bandar-bandar besar.
Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.
Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya
terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu.
Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar
ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar
secara lucah, pelacuran dan sebaginya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan
wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat
malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.
Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita
mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas
melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.
Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk
wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak
dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan
wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak
wanita.
Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang
harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut
suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh
kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai
bila-bila.
Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk
wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada
lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat
malu.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu
merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’
yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri
dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga
dan emmelihara maruah kerana Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama
ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga
maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan
yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai
menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya
adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka
aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu
yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada
kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya
akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk
beramal...” |
|
Ada yang mengatakan bahawa wanita yg berpakaian baju kurung, bertudung, pakai kain, semuanya adalah wanita yg ketinggalan. Ada yang mengatakan bahawa memakai pakaian yang seksi, ketat, dan mendedahkan tubuh badan mereka meruopakan wanita yang moden.
Yang sebenarnya, wanita yang mendedahkan aurat mereka adalah wanita yang tak bertamadun...
Seperti yg kita semua telah pelajari dalam sejarah, zaman dahulu manusia tidak tahu cara membuat pakaian.
Mereka hanya memakai cawat yg dperbuat drpd kulit binatang... Ini b'maksud orang yang mendedahkan tubuh badannya sama dengan manusia zaman batu yang tidak bertamadun kerana mereka tidak menutp tubuh badan mereka!
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia
ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat
Bukhari)
Jadi, apakah pendapat anda tentang sifat malu yg berada dalam diri kita???
Sama2 lah kita fikirkan...
p/s:Sy nk minx maap klu ada typing error dlm tulisan sy, dan juga klu ada shortform tu...
harap dimaafknla ye...
No comments:
Post a Comment