expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Assalamualaikum...
Hari ini, saya nak bercakap mengenai DOSA!!!
Saya ingin kongsikan sebuah cerita!
Semasa saya berada di tingkatan dua,
saya sering mendapat penyakit... Semua jenis penyakit yg menular kedalam kawasan sekolah saya seperti, chicken pox,chikunguya, sakit mata dan banyak lg, semua akan berjangkit kpd saya.... Memang betul kata doktor.. Antibodi saya lemah!!! Tetapi, saya terfikir.... Apa yg menyebabkan antibodi saya tiba2 lemah??? Sedangkan selama ini badan saya sihat sahaja!!! Semasa saya dirumah, saya bertanya kpd seorang ustaz yg sgt rapat dengan saya.... Apa yg menyebabkan diri saya menjadi sebegini??? Beliau menjawab, "muhasabah diri kamu!!! mungkin ada kesalahan kamu yg membawa kpd dosa"
Pada mulanya, saya x faham dgn apa yg dikatakan oleh ustaz tersebut... Akan tetapi, setelah saya kembali ke sekolah saya.... Saya baru faham!!! Sebenarnya, pada awal tahun 2010, saya telah dilantik menjadi seorang pengawas sekolah saya.... Saya rasa, itulah yg menyebabkan dirisaya sering mendapat dosa..... Saya tidak mampu menjalankan tanggungjawab saya dengan betul, tetapi saya tetap menerima tawaran untuk menjadi seorang pengawas!!! Walaupun saya telah menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan, saya tetap mengabaikan amanah saya jika seseorang yg rapat dgn saya membuat kesalahan!!! Saya akan melepaskan mereka!!!! Akibatnya, Allah membalas perbuatan saya itu dengan memberikan saya pelbagai penyakit!!!
Setelah saya sedar, saya bersetuju mengikut pendapat guru saya... Guru saya menyarankan agar saya meletakkan jawatan saya sebagai seorang pengawas!!!!! Saya telah meletakkan jawatan saya pada semester kedua... Bermula semester kedua, saya hanyalah seorang pelajar sekolah biasa..... Dan bermula pada hari itu, saya tidak lagi sering mendapat penyakit....... Saya ceritakan hal itu kepada ustaz.... Beliau berkata kpd saya, "bersyukurlah hafiz, sesungguhnya Allah nak tunjuk kpd kamu kesalahan kamu.. Dan Allah ingin kamu bertaubat!!! Tidak ramai manusia yg mendapat anugerah ini"
Saya bersyukur kpd Allah kerana telah menujukkan saya jalan yg benar~~
Jadi, marilah kita bersama2 muhasabah diri kita!!! Mari lihat kembali dosa2 yg telah kita lakukan!!! Bertaubatlah secepat mungkin.... Allah sentiasa membuka pintu taubat kpd hamba2nya!!! Ingat, dosa boleh membawa kita kpd kehancuran!!!

No comments:
Post a Comment