expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
Assalamualaikum
Hari ini saya ingin bercakap mengenai SMS BERANTAI, tajuk yang sudah lama saya ingin bicarakan...
Untuktajuk kali ini... special credit saya ingin ucapkan terima kasih kpd seorang sahabat yang mengingatkan kembali tajuk ini kpd saya... Beliau dikenali di FESBUK sebagai Ameer Dirza :)...
Kembali kpd tajuk yg saya perkatakan sbntar td...
Kita sering menerima sms drpd rakan kita... Ada yang berbunyi macam ni,
".............. Sila forwardkan mesej ini kpd 8 org rakan anda. Jika tidak sesuatu yg buruk akan menimpa anda...
Jangan menyesal klu anda menerima padah drpd pbuatan anda."
Saya pernah membuat kajian ttg msj ini... Nak tahu ap yg saya lakukan???
Saya tidak pernah forwardkan mesej yg sewaktu dengannya... Namun begitu, tidak pernah pula sesuatu yg buruk b'laku kpd saya selepas itu... Rumah saya tak terbakar! Akaun fesbuk x kena hack! Perut x kena gastrik!
Untuk pengetahuan anda... Org yg forwardkan mesej2 yg seperti itu sebenarya yg menerima padah.
Nak tahu apa padahnya??? Periksa kedit anda slps anda ikut arahan mesej tersebut...
Anda akan mendapati banyak kedit yg hilang... Haha~
Sebenarnya, itu semua adalah trick pihak yg tertentu... Pihak yg saya maksudkan, nk ckp sapa... tak tau nk sebut sapa... Mereka adalah seperti Celcom, Maxis,Digi,U-Mobile dan yg sewaktu la...
Bila kita habis kredit,kita akan pergi ke kedai topup berdekatan utk tambah nilai! Betul atau tidak?
Apabila anda atau keluarga anda keluarkan duit utk tambah nilai, pihak yg saya sebutkan sebelum ini akan menerima duit... Itu sebenarnya motif mereka....
Ap yg membuatkan saya terfikirkan perkara ini adalah...
"Mengapa perlu hantar kpd beberapa org shj???" Sbg contoh, ada mesej yg suruh kita forward kpd 10 org, ada yg 16 orang... Jadi itu membuakan saya terfikir... Kalau betul nk forwardkan, ikut kita la nak bagi kpd seberapa bnyk org pun~ Ada mesej yg berkaitan pmr. Penghujung mesej tu ada tertulis... Kalau anda gagal, jangan menyesal... Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa.
Allah telah berfirman:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
Berdasarkan ayat itu, Allah akan menambah rezeki kita jika kita bertawakal kpd Allah... Jadi, usahlah kita risa tentang mesej itu...Yang penting, kita semua telah lakukan yg terbaik pada PMR yg lepas... Sekarang, kita hanya perlu berserah... Insyaallah, Allah akan berikan yg terbaik buat kita...
Jadi... Janganlah kita terpedaya akan helah SMS Berantai ini... Jika kita percaya, boleh membawa kepada syirik kerana kita percaya ada kuasa lain selain Allah... Sama-sama kita fikirkan...
p/s:Jangan risau...Anda xkn kena buasir ke, kencing manis ke... x ade nye.......

2x5 je sama ngan apa yang ada dalam fb. twitter je takde orang nak start lagi XD
ReplyDelete-syaf