expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
اَسَّلَمُ عَلَيْكُمُ
Hari ini saya ingin membincangkan satu tajuk yg sgt mudah~ iaitu
MEMPERCAYAI TILIK NASIB
Ada sesetengah manusia suka mempercayai perkara2 yg telah saya sebutkan diatas. Seperti...
Nombor bertuah, warna bertuah, hari bertuah, pakaian bertuah, tangkal bertuah, dan bermacam2 lagi...
Klu saya nak sebut kt sini, agaknya tak habis...
Saya ingin berkongsi sebuah cerita... Ada seorang lelaki yang bernama sipulan bin sipulan.
Suatu hari, dia berjalan di satu lorong kecil. Dia kemudiannya terlihat seorang wanita yang berpakaian jubah berwana ungu sedang duduk di tepi sebuah meja. Wanita itu kemudiannya memanggil sipulan utk berjumpa dengannya... Sipulan berkata,"siapakh kamu dan mengapa kamu memanggil saya?" Wanita itu kemudiannya berkata, "adakah kamu buta atau tidak pandai membaca? Cuba baca apa yang tertulis diatas meja ini."
Sipulan pun membaca apa yang tertulis diatas meja itu... "TUKANG TILIK NASIB. RM5 UNTUK
SATU TILIKAN" Jadi fahamlah sipulan bahawa wanita itu ingin menilik nasibnya...
Sipulan memberikan wanita tersebut RM5. Wanita itu bertanya, "apa yang kamu mahu tahu?"
Sipulan menjawab,"saya mahu tahu nombor bertuah saya." Wanita itu melihat kedalam bola kristal miliknya...
Kemdian dia menjawab, "nombor bertuah kamu adalah nombor 5. Buktinya adalah kamu telah membayar RM5 kepada saya dan kamu dapat tahu nombor bertuah kamu"
Sipulan begitu yakin dengan tilikan tersebut. Dia kemudian pulang kerumah dan terus mencari rumah baharu.
Dia telah membeli sebua rumah yang beralamat, No5, Lorong 5, Jalan Raja Lima, Mersing, Johor.
Sipulan yang telah berkahwin berpindah kesitu bersama keluarganya. Setelah mendapat anak yang ke-5, beliau pergi ke sebuah pertandingan lumba kuda. Sipulan mempertaruhkan wang berjumlah RM5000 kepada seekor kuda yang bernama Lime. Sipulan begitu yakin bahawa kuda tersebut akan memenangi pertandingan itu....
Pada akhir pertandingan, Sipulan terkejut dan terus mati...
Ingin tahu kenapa??? Jawapannya ada dibawah...
Kuda tersebut mendapat tempat yg ke-5

No comments:
Post a Comment